Tuesday, April 19, 2011

memilih orang yang sifatnya seperti

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • ·         Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • ·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • ·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • ·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • ·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyambut kebaikan kamu;
  • ·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • ·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • ·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • ·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu

No comments:

Post a Comment