Tuesday, April 19, 2011

memilih orang yang sifatnya seperti

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • ·         Jika engkau berbuat baik kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • ·         Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • ·         Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • ·         Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • ·         Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyambut kebaikan kamu;
  • ·         Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • ·         Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • ·         Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • ·         Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
Jika engkau berkata kepadanya, niscaya dia akan membenarkan kamu

Sunday, April 17, 2011

kawan ke tu ??

.:salam:.

Adakah sahabat tu kawan masa kita senang saje? Ataupun apa?
Bagi aku, sahabat tu besar maknanya. Memang susah nak cari tapi memang wujud.....
Yang boleh aku panggil sahabat mungkin ada beberapa.....macam mana dengan yang lain? aku hanya boleh panggil diorang rakan sekolej ataupun rakan studi dan tak lebih dari itu.....ada juga yg kawan makan kawan......yang ini paling banyak.....aku pasti ramai yang pernah mengalami situasi ini kn....apa agaknya perasaan korang time tu? mesti tak dapat digambarkan....nak tau ciri-ciri KAWAN MAKAN KAWAN?


Pertama : Diorang ini dikategorikan sebagai tidak jujur....korang boleh tengok sendiri, apabila korang dalam kesenangan, diorang akan membuntuti korang ke mana saja korang pergi dan diorang juga akan buat apa saja untuk korang asalkan korang turuti kemahuan diorang tidak kira kemahuan apa pun....aku bagi contoh, duit.....diorang berkawan dengan korang disebabkan duit......